Quantcast
Channel: Video – Malaysia Outlook
Viewing all articles
Browse latest Browse all 57

Daripada dua buah pesawat menjadi 230 buah. Bukti Najib dahulukan rakyat – Tony Fernandes

$
0
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tony Fernandes tampil dengan sebuah video menggesa agar orang ramai membuat pilihan dengan bijak pada hari membuang undi Rabu ini. Video berdurasi dua minit 56 saat itu, beliau juga menceritakan pengalamannya mengurus syarikat tambang murah miliknya dengan sokongan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya mulakan perniagaan saya dengan hanya 2 buah pesawat ketika seluruh dunia mempersoalkan kami. Dalam tempoh 10 tahun, kami lihat kerajaan membantu dan memberi kami peluang untuk menjadikan kami sebagai salah satu daripada jenama antarabangsa yang terbesar di dunia,” kata Tony dalam klip video lebih 2 minit dimuat naik di YouTube.

Beliau melahirkan rasa penghargaan kepada kerajaan atas pelbagai anugerah antarabangsa kepada AirAsia, dan menambah cara kerajaan menangani syarikat seperti AirAsia menunjukkan ia faham “apa yang terbaik untuk Malaysia”.

Menurutnya, dasar perdana menteri untuk “mendahulukan rakyat” adalah teras kepada kejayaan AirAsia yang kini mempunyai 89 juta penumpang berbanding 200,000 satu masa dulu.

“Saya percaya perdana menteri telah mendahulukan rakyat dan membenarkan AirAsia untuk berkembang walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.”

Menurutnya, pentadbiran perdana menteri sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.

Tony kemudian mengajak rakyat Malaysia untuk mengundi berdasarkan fakta dan bukan pelbagai berita yang tidak dipastikan kebenarannya.

“Dan (kisah) AirAsia adalah satu fakta.

“Jadi undilah dengan bijak, dan kita berjumpa pada 10 Mei di AirAsia,” kata Tony. – Free Malaysia Today


Viewing all articles
Browse latest Browse all 57

Latest Images

Trending Articles





Latest Images